Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.
Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.
Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.
Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.
Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.
Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.
Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.
Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.
Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.
Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.
Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.
Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.
Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.
Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.
Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.
Kelihatan sepasukan anggota polis memantau pergerakan para penyokong yang berhimpun di situ. Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air.
Ahli Parlimen PKR, Wee Choo Keong, yang berada di dalam bangunan itu berkata, Wan Azizah dan dua anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Nuha - dibenarkan menemui Anwar di tingkat tujuh pada kira-kira jam 2 petang.
Pada jam 2.35 petang, Wan Azizah dan anak-anaknya, serta peguam Sankara Nair muncul dari bangunan tersebut.
Pada jam 2.40 petang, ahli Parlimen DAP termasuk Lim Kit Siang, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Anthony Loke juga kelihatan meninggal dari bangunan tersebut.
Loke berkata, mereka hanya dibenarkan menunggu di kantin, dan semua ahli Parlimen Pakatan akan balik ke Parlimen untuk "membangkitkan isu tersebut".
Pada jam 2.50 petang, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar berkata, pihak polis sudah mula menyoalsiasat Anwar.
Katanya, perhimpunan sokongan kerdipan lilin akan diadakan di luar bangunan tersebut jika Anwar tidak dibebaskan hari ini.
Peguam Latheefa Koya pula berkata, Anwar ditahan sebagai suspek, tetapi pihak polis mahu merakamkan kenyataannya sebagai saksi mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
"(Pada kira-kira jam 2.40 petang, peguam) Sulaiman Abdullah masuk bersama peguam Param Cumaraswamy. Anwar akan diwakili oleh tiga peguam termasuk Sulaiman. Param berada di situ sebagai tokoh antarabangsa," katanya.
(Param merupakan bekas pelapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi kebebasan hakim dan peguam)

Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada semua.
Sejak awal hari ini saya menanti dengan penuh debaran, menunggu dengan sabar detik 9 malam bagi menyaksikan secara langsung debat di antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Shabery Chek yang bertajuk "Hari ini bentuk kerajaan, besok harga minyak turun".
Sebagai Menteri Penerangan, Shabery mewakili kerajaan demi menerangkan kepada rakyat "Mengapa harga minyak dinaikkan" manakala Anwar Ibrahim sebagai wakil daripada rakyat bagi membahaskan "Kenaikkan harga minyak boleh dielakkan".
Seperti semua sedia maklum, kita sering mendengar ucapan-ucapan Anwar yang menyentuh soal harga minyak malah kita sudah hampir khatam mengenai hal minyak ini dari pembelajaran yang dibawa oleh beliau serta rakan-rakan Pakatan Rakyat dari PAS dan DAP.
Kali ini, saya begitu bersemangat sekali kerana berpeluang mendengar hujah-hujah dari pihak kerajaan yang seolah-oleh tidak mempedulikan nasib rakyat dengan keputusan menaikkan harga minyak secara mendadak. Saya ingin dengar, jika benar kenaikkan harga minyak itu tidak dapat dielakkan, apakah hujah-hujahnya? Boleh diterima pakai atau tidak?
Dengan harapan yang menggunung, kita semua berharap mendapat sesuatu yang benar-benar meyakinkan dari pihak kerajaan bahawasanya harga minyak itu adalah muktamad tidak boleh dikekalkan atau diturunkan. Mudah! Hanya jelaskan sebabnya tetapi biarlah dalilnya konkrit.
Anwar Ibrahim memulakan pidatonya dengan tenang, dengan emosi yang cukup terkawal di mana dalam keadaan ini, segala ungkapan yang lahir dari pidatonya cukup rasional, padat, proaktif dan mudah diterima oleh penonton. Tetapi Shabery dengan begitu angkuh menyentuh kembali peristiwa Anwar sewaktu beliau menjadi mahasiswa pada 1970 lalu. Siapakah Shabery pada 1970? Mengapa menyetuh perihal lampau?
Dari awal lagi Shabery menggunakan medan debat ini hanya untuk menghentam Anwar sedangkan beliau lupa bahawa dalam perdebatan yang singkat itu sepatutnya digunakan sebaik mungkin bagi menjelaskan kepada rakyat "Mengapa harga minyak dinaikkan". Shabery perlu sedar, ini adalah peluang yang sangat baik dari pihak kerajaan untuk menerangkan secara terperinci perihal kenaikkan harga minyak. Bukan medan untuk membuat provokasi murahan supaya tumpuan berdebat itu lusuh.
Saya bersyukur kerana Anwar pada malam ini sangat tenang. Ketenangan yang mencerminkan ketepatan berhujah dengan isi yang kukuh serta fakta yang jelas. Dengan mudah Shahery terperangkap dengan kelicikan Anwar dalam berdebat.
Ungkapan penurunan harga minyak 50sen telah disalah tafsir oleh Shabery dengan mempersoalkan bahawa Anwar sepatutnya menurunkan harga minyak sekitar sebelum kenaikkan 70sen iaitu dari harga RM1.92. Dengan ikhlas Anwar menerangkan penurunan 50sen kepada RM2.20 adalah langkah awal untuk mengawal anjakkan ekonomi yang tidak menentu.
Kemudian Shabery bertanya adakah turun 50sen sahaja yang mampu dilakukan jika Anwar memerintah? Adakah dalam keadaan harga minyak dunia yang semakin naik, tetapi scenario yang berlaku di negara ini sekiranya Anwar memerintah adalah menurunkan harga minyak?
Walaupun Anwar tidak sempat menjawab persoalan itu kerna telah dijelaskan bahwa penurunan 50sen sebagai langkah awal, Ingin saya tambah di sini, arakian Pakatan Rakyat memerintah kelak. Harga minyak domestic akan dikurangkan sedikit demi sedikit, secara berperingkat. Ini boleh dilakukan mengikut maksud Anwar.
Jika Pakatan Rakyat memerintah hari ini, besok harga minyak akan turun 50sen sebagai langkah awal, kemudian apabila segala ketirisan dapat dibendung, apabila sistem kewangan negara yang telah rosak itu dibaikpulih, sudah tentu harga minyak diturunkan lagi di atas fahaman, segala ketirisan yang berlaku selama ini merosakkan kekuatan ekonomi Malaysia. Jadi apabila rasuah dibendung, ekonomi kembali kuat. Harus diingat, naiknya harga minyak global, negara kita mendapat hasil yang lumayan dan rakyat mendapat manfaat.
Shabery mengatakan Petronas tidak harus diganggu. Anwar kata kami respek dengan kesungguhan Petronas, tetapi yang menjadi persoalan pokok di sini ialah pemberian Petronas kepada kerajaan itu sepatutnya diagihkan dengan baik. Shaberi terkebil.
Shabery sekali lagi mengatakan adakah titik peluh warga Petronas yang membuat keuntungan amat besar itu wajar digunakan untuk seluruh rakyat? Jangan kata Anwar sahaja yang boleh jawab, saya pun boleh jawab. Mereka yang berusaha hingga Petronas untung beratus bilion itu telah dibayar gajinya dengan berpatutan sekali. Bonus dua kali setahun sebanyak lebih kurang 6 bulan gaji adalah setimpal dengan keringatnya berbanding pesawah-pesawah yang membanting tulang memerah keringat untuk mencukupkan bekalan beras negara.
Jadi ingin saya nyatakan di sini, Petronas itu adalah khazanah negara. Untungnya dari dalam dan luar negara tidak kiralah walau sekadar 26% sekalipun hasil dalam negara adalah untuk kerajaan yang memerintah. Dari mana datangnya keuntungan luar negara Petronas? Dari mana datangnya modal Petronas dagangan? Sudah tentu ianya adalah pelaburan kerajaan yakni wang rakyat dan sebagai galang ganti, tidak salah jika saya katakana segala keuntungan Petronas wajar diagihkan kepada seluruh rakyat. Itu saya kata, Anwar hanya kata jumlah pemberian Petronas kepada kerajaan perlu dikemaskini dan perlu diperhalusi demi menjaga kestabilan ekonomi negara.
Anwar begitu jelas menyatakan kesungguhan dalam meringankan beban rakyat. Anwar begitu ikhlas. Ini bukan soal Pakatan Rakyat, ini bukan soal siapa yang nak jadi Perdana Menteri. Ini adalah soal rakyat. Rakyat yang terbeban dengan kemelesetan ekonomi akibat daripada tindak-tanduk kejam kerajaan yang sedia ada ini.
Shabery cuba membandingkan harga minyak tanpa subsidi seperti yang berlaku di eropah, tetapi tidak menyatakan perihal kuasa membeli rakyat di sana. Anwar menyebut pendapatan per kapita mereka di eropah berkaliganda lebih tinggi dari rakyat negara ini. Itu adalah fakta dan shabery terkebil lagi.
Apabila Shabery membezakan kadar inflasi di negara minyak murah seperti venuzuela dan negara arab. Itu tidak dinafikan oleh Anwar. Namun secara spontan Anwar mengatakan bahawa negara yang dimaksudkan oleh shabery itu mempunyai kadar inflasi yang tinggi dengan harga minyak yang rendah manakala negara kita sebagai net exporter ini mempunyai harga minyak yang tinggi dan inflasinya juga tinggi malah semakin meninggi dalam masa beberapa bulan lagi dengan kadar pengangguran yang sangat besar. Shabery sekali lagi terkebil dan kali ini mengelap buih-buih yang membuak di celah bibirnya.
Akhir sekali, Shabery menyentuh dalil yang mengatakan negara ini akan menjadi net importer pada 2015 dan persoalan yang dibawa ialah apakah kerajaan Anwar akan terus menaikkan harga minyak pada kadar harga global tanpa subsidi?
Dengan akal Anwar menjawab, biarlah fakta kehabisan isi telaga minyak itu disebut dengan penuh iaitu, "Jika sekiranya carigali minyak itu atau pencarian minyak itu berhenti sekarang, ianya akan bertahan sehingga 2015". Itu jika Petronas berhenti mencari minyak.
Adakah Petronas akan berhenti meneroka pada saat ini? Anwar menjelaskan, 10 tahun dulu telah dinyatakan minyak di negara ini akan habis pada tahun 2005 tetapi pada hari ini ianya bertambah selaras dengan penerokaan minyak yang baik dari Petronas. Kesimpulanya, fakta Petronas sendiri menunjukkan bahawa setiap 1 liter minyak yang disedut, maka penemuan baru adalah sebanyak 1.8liter. Kita berhujah dengan fakta !
Akhir kata, sekali lagi saya mendefinasikan bahawa, Shabery telah gagal meyakinkan rakyat terbanyak perihal "Mengapa harga minyak sedemikian rupa" malah beliau banyak menggunakan masa debat yang diperuntukkan hanya untuk membidas kenangan lampau DSAI semata-mata. Tiada fakta melainkan retorik semata-mata.
Saya sudahi artikel pendek ini dengan ucapan jutaan tahniah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana begitu bersungguh-sunggu mempertahankan hak rakyat. Tidak lupa juga saya ucapkan tahniah kepada agenda daily kerana memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mendengar pidato Anwar.
Kepada rakyat yang berada diceruk kampung sana, yang tidak terdedah kepada sumber berita yang benar-benar sahih, gunakanlah peluang ini untuk berfikir dengan lebih mendalam. Apa yang diperjuangkan oleh Anwar dan rakan Pakatan Rakyat adalah untuk anda semua. Bangkitlah, Kita Wajar Memiliki Malaysia Yang Lebih Hebat ! We Deserve a Better Malaysia.

'Ketahui cara rahsia menarik beribu-ribu trafik sehari dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan kos pengiklanan"

Dan mulakan langkah pertama anda menjana wang dengan jumlah trafik yang hebat diblog/website anda sekarang juga

Maka dengan ini lahirlah sebuah laporan percuma....[click pada buku dibawah]


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Team Flarebiz telah melancarkan produk terbaru mereka yang bertajuk "Pakej Lengkap Rahsia 10K" yang ditulis oleh mereka sendiri bertujuan untuk membongkarkan mengenai "blueprint" untuk mendapatkan RM10K sebulan.

Blueprint untuk mendapatkan RM10K ini merupakan blueprint sebenar yang digunakan oleh Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz untuk mendapatkan RM10K sebulan dalam bulan Januari 2008 walaupun pada ketika itu Adly sedang menunggu keputusan SPM keluar.

Pakej Rahsia 10K ini ditulis berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan antara pakej yang paling lengkap kerana ia merangkumi semua aspek yang diperlukan dari e-book, video dan mp3 interview khas untuk Rahsia 10K ini.


Pakej Lengkap Rahsia 10K ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)


Harga yang diletakkan oleh mereka iaitu RM47 juga agak rendah buat masa ini dan rasanya mereka perlu meletakkan harga lebih tinggi lagi kerana pakej Rahsia 10K ini sangat lengkap untuk anda semua. Tahniah untuk Flarebiz kerana telah membuatkan perniagaan internet ini semakin mudah untuk semua orang!

Dapatkan segera sebelum harga Pakej Lengkap Rahsia 10K ini naik dua atau tiga kali ganda selepas ini! Dapatkan segera di sini sekarang juga!



Sahabat online anda,

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan .

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

;;