Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.
Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.
Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.
Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.
Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.
Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.
Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.
Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.
Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.
Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.
Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.
Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.
Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.
Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.
Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.
Kelihatan sepasukan anggota polis memantau pergerakan para penyokong yang berhimpun di situ. Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air.
Ahli Parlimen PKR, Wee Choo Keong, yang berada di dalam bangunan itu berkata, Wan Azizah dan dua anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Nuha - dibenarkan menemui Anwar di tingkat tujuh pada kira-kira jam 2 petang.
Pada jam 2.35 petang, Wan Azizah dan anak-anaknya, serta peguam Sankara Nair muncul dari bangunan tersebut.
Pada jam 2.40 petang, ahli Parlimen DAP termasuk Lim Kit Siang, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Anthony Loke juga kelihatan meninggal dari bangunan tersebut.
Loke berkata, mereka hanya dibenarkan menunggu di kantin, dan semua ahli Parlimen Pakatan akan balik ke Parlimen untuk "membangkitkan isu tersebut".
Pada jam 2.50 petang, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar berkata, pihak polis sudah mula menyoalsiasat Anwar.
Katanya, perhimpunan sokongan kerdipan lilin akan diadakan di luar bangunan tersebut jika Anwar tidak dibebaskan hari ini.
Peguam Latheefa Koya pula berkata, Anwar ditahan sebagai suspek, tetapi pihak polis mahu merakamkan kenyataannya sebagai saksi mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
"(Pada kira-kira jam 2.40 petang, peguam) Sulaiman Abdullah masuk bersama peguam Param Cumaraswamy. Anwar akan diwakili oleh tiga peguam termasuk Sulaiman. Param berada di situ sebagai tokoh antarabangsa," katanya.
(Param merupakan bekas pelapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi kebebasan hakim dan peguam)

Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada semua.
Sejak awal hari ini saya menanti dengan penuh debaran, menunggu dengan sabar detik 9 malam bagi menyaksikan secara langsung debat di antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Shabery Chek yang bertajuk "Hari ini bentuk kerajaan, besok harga minyak turun".
Sebagai Menteri Penerangan, Shabery mewakili kerajaan demi menerangkan kepada rakyat "Mengapa harga minyak dinaikkan" manakala Anwar Ibrahim sebagai wakil daripada rakyat bagi membahaskan "Kenaikkan harga minyak boleh dielakkan".
Seperti semua sedia maklum, kita sering mendengar ucapan-ucapan Anwar yang menyentuh soal harga minyak malah kita sudah hampir khatam mengenai hal minyak ini dari pembelajaran yang dibawa oleh beliau serta rakan-rakan Pakatan Rakyat dari PAS dan DAP.
Kali ini, saya begitu bersemangat sekali kerana berpeluang mendengar hujah-hujah dari pihak kerajaan yang seolah-oleh tidak mempedulikan nasib rakyat dengan keputusan menaikkan harga minyak secara mendadak. Saya ingin dengar, jika benar kenaikkan harga minyak itu tidak dapat dielakkan, apakah hujah-hujahnya? Boleh diterima pakai atau tidak?
Dengan harapan yang menggunung, kita semua berharap mendapat sesuatu yang benar-benar meyakinkan dari pihak kerajaan bahawasanya harga minyak itu adalah muktamad tidak boleh dikekalkan atau diturunkan. Mudah! Hanya jelaskan sebabnya tetapi biarlah dalilnya konkrit.
Anwar Ibrahim memulakan pidatonya dengan tenang, dengan emosi yang cukup terkawal di mana dalam keadaan ini, segala ungkapan yang lahir dari pidatonya cukup rasional, padat, proaktif dan mudah diterima oleh penonton. Tetapi Shabery dengan begitu angkuh menyentuh kembali peristiwa Anwar sewaktu beliau menjadi mahasiswa pada 1970 lalu. Siapakah Shabery pada 1970? Mengapa menyetuh perihal lampau?
Dari awal lagi Shabery menggunakan medan debat ini hanya untuk menghentam Anwar sedangkan beliau lupa bahawa dalam perdebatan yang singkat itu sepatutnya digunakan sebaik mungkin bagi menjelaskan kepada rakyat "Mengapa harga minyak dinaikkan". Shabery perlu sedar, ini adalah peluang yang sangat baik dari pihak kerajaan untuk menerangkan secara terperinci perihal kenaikkan harga minyak. Bukan medan untuk membuat provokasi murahan supaya tumpuan berdebat itu lusuh.
Saya bersyukur kerana Anwar pada malam ini sangat tenang. Ketenangan yang mencerminkan ketepatan berhujah dengan isi yang kukuh serta fakta yang jelas. Dengan mudah Shahery terperangkap dengan kelicikan Anwar dalam berdebat.
Ungkapan penurunan harga minyak 50sen telah disalah tafsir oleh Shabery dengan mempersoalkan bahawa Anwar sepatutnya menurunkan harga minyak sekitar sebelum kenaikkan 70sen iaitu dari harga RM1.92. Dengan ikhlas Anwar menerangkan penurunan 50sen kepada RM2.20 adalah langkah awal untuk mengawal anjakkan ekonomi yang tidak menentu.
Kemudian Shabery bertanya adakah turun 50sen sahaja yang mampu dilakukan jika Anwar memerintah? Adakah dalam keadaan harga minyak dunia yang semakin naik, tetapi scenario yang berlaku di negara ini sekiranya Anwar memerintah adalah menurunkan harga minyak?
Walaupun Anwar tidak sempat menjawab persoalan itu kerna telah dijelaskan bahwa penurunan 50sen sebagai langkah awal, Ingin saya tambah di sini, arakian Pakatan Rakyat memerintah kelak. Harga minyak domestic akan dikurangkan sedikit demi sedikit, secara berperingkat. Ini boleh dilakukan mengikut maksud Anwar.
Jika Pakatan Rakyat memerintah hari ini, besok harga minyak akan turun 50sen sebagai langkah awal, kemudian apabila segala ketirisan dapat dibendung, apabila sistem kewangan negara yang telah rosak itu dibaikpulih, sudah tentu harga minyak diturunkan lagi di atas fahaman, segala ketirisan yang berlaku selama ini merosakkan kekuatan ekonomi Malaysia. Jadi apabila rasuah dibendung, ekonomi kembali kuat. Harus diingat, naiknya harga minyak global, negara kita mendapat hasil yang lumayan dan rakyat mendapat manfaat.
Shabery mengatakan Petronas tidak harus diganggu. Anwar kata kami respek dengan kesungguhan Petronas, tetapi yang menjadi persoalan pokok di sini ialah pemberian Petronas kepada kerajaan itu sepatutnya diagihkan dengan baik. Shaberi terkebil.
Shabery sekali lagi mengatakan adakah titik peluh warga Petronas yang membuat keuntungan amat besar itu wajar digunakan untuk seluruh rakyat? Jangan kata Anwar sahaja yang boleh jawab, saya pun boleh jawab. Mereka yang berusaha hingga Petronas untung beratus bilion itu telah dibayar gajinya dengan berpatutan sekali. Bonus dua kali setahun sebanyak lebih kurang 6 bulan gaji adalah setimpal dengan keringatnya berbanding pesawah-pesawah yang membanting tulang memerah keringat untuk mencukupkan bekalan beras negara.
Jadi ingin saya nyatakan di sini, Petronas itu adalah khazanah negara. Untungnya dari dalam dan luar negara tidak kiralah walau sekadar 26% sekalipun hasil dalam negara adalah untuk kerajaan yang memerintah. Dari mana datangnya keuntungan luar negara Petronas? Dari mana datangnya modal Petronas dagangan? Sudah tentu ianya adalah pelaburan kerajaan yakni wang rakyat dan sebagai galang ganti, tidak salah jika saya katakana segala keuntungan Petronas wajar diagihkan kepada seluruh rakyat. Itu saya kata, Anwar hanya kata jumlah pemberian Petronas kepada kerajaan perlu dikemaskini dan perlu diperhalusi demi menjaga kestabilan ekonomi negara.
Anwar begitu jelas menyatakan kesungguhan dalam meringankan beban rakyat. Anwar begitu ikhlas. Ini bukan soal Pakatan Rakyat, ini bukan soal siapa yang nak jadi Perdana Menteri. Ini adalah soal rakyat. Rakyat yang terbeban dengan kemelesetan ekonomi akibat daripada tindak-tanduk kejam kerajaan yang sedia ada ini.
Shabery cuba membandingkan harga minyak tanpa subsidi seperti yang berlaku di eropah, tetapi tidak menyatakan perihal kuasa membeli rakyat di sana. Anwar menyebut pendapatan per kapita mereka di eropah berkaliganda lebih tinggi dari rakyat negara ini. Itu adalah fakta dan shabery terkebil lagi.
Apabila Shabery membezakan kadar inflasi di negara minyak murah seperti venuzuela dan negara arab. Itu tidak dinafikan oleh Anwar. Namun secara spontan Anwar mengatakan bahawa negara yang dimaksudkan oleh shabery itu mempunyai kadar inflasi yang tinggi dengan harga minyak yang rendah manakala negara kita sebagai net exporter ini mempunyai harga minyak yang tinggi dan inflasinya juga tinggi malah semakin meninggi dalam masa beberapa bulan lagi dengan kadar pengangguran yang sangat besar. Shabery sekali lagi terkebil dan kali ini mengelap buih-buih yang membuak di celah bibirnya.
Akhir sekali, Shabery menyentuh dalil yang mengatakan negara ini akan menjadi net importer pada 2015 dan persoalan yang dibawa ialah apakah kerajaan Anwar akan terus menaikkan harga minyak pada kadar harga global tanpa subsidi?
Dengan akal Anwar menjawab, biarlah fakta kehabisan isi telaga minyak itu disebut dengan penuh iaitu, "Jika sekiranya carigali minyak itu atau pencarian minyak itu berhenti sekarang, ianya akan bertahan sehingga 2015". Itu jika Petronas berhenti mencari minyak.
Adakah Petronas akan berhenti meneroka pada saat ini? Anwar menjelaskan, 10 tahun dulu telah dinyatakan minyak di negara ini akan habis pada tahun 2005 tetapi pada hari ini ianya bertambah selaras dengan penerokaan minyak yang baik dari Petronas. Kesimpulanya, fakta Petronas sendiri menunjukkan bahawa setiap 1 liter minyak yang disedut, maka penemuan baru adalah sebanyak 1.8liter. Kita berhujah dengan fakta !
Akhir kata, sekali lagi saya mendefinasikan bahawa, Shabery telah gagal meyakinkan rakyat terbanyak perihal "Mengapa harga minyak sedemikian rupa" malah beliau banyak menggunakan masa debat yang diperuntukkan hanya untuk membidas kenangan lampau DSAI semata-mata. Tiada fakta melainkan retorik semata-mata.
Saya sudahi artikel pendek ini dengan ucapan jutaan tahniah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana begitu bersungguh-sunggu mempertahankan hak rakyat. Tidak lupa juga saya ucapkan tahniah kepada agenda daily kerana memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mendengar pidato Anwar.
Kepada rakyat yang berada diceruk kampung sana, yang tidak terdedah kepada sumber berita yang benar-benar sahih, gunakanlah peluang ini untuk berfikir dengan lebih mendalam. Apa yang diperjuangkan oleh Anwar dan rakan Pakatan Rakyat adalah untuk anda semua. Bangkitlah, Kita Wajar Memiliki Malaysia Yang Lebih Hebat ! We Deserve a Better Malaysia.

'Ketahui cara rahsia menarik beribu-ribu trafik sehari dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan kos pengiklanan"

Dan mulakan langkah pertama anda menjana wang dengan jumlah trafik yang hebat diblog/website anda sekarang juga

Maka dengan ini lahirlah sebuah laporan percuma....[click pada buku dibawah]


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Team Flarebiz telah melancarkan produk terbaru mereka yang bertajuk "Pakej Lengkap Rahsia 10K" yang ditulis oleh mereka sendiri bertujuan untuk membongkarkan mengenai "blueprint" untuk mendapatkan RM10K sebulan.

Blueprint untuk mendapatkan RM10K ini merupakan blueprint sebenar yang digunakan oleh Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz untuk mendapatkan RM10K sebulan dalam bulan Januari 2008 walaupun pada ketika itu Adly sedang menunggu keputusan SPM keluar.

Pakej Rahsia 10K ini ditulis berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan antara pakej yang paling lengkap kerana ia merangkumi semua aspek yang diperlukan dari e-book, video dan mp3 interview khas untuk Rahsia 10K ini.


Pakej Lengkap Rahsia 10K ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)


Harga yang diletakkan oleh mereka iaitu RM47 juga agak rendah buat masa ini dan rasanya mereka perlu meletakkan harga lebih tinggi lagi kerana pakej Rahsia 10K ini sangat lengkap untuk anda semua. Tahniah untuk Flarebiz kerana telah membuatkan perniagaan internet ini semakin mudah untuk semua orang!

Dapatkan segera sebelum harga Pakej Lengkap Rahsia 10K ini naik dua atau tiga kali ganda selepas ini! Dapatkan segera di sini sekarang juga!



Sahabat online anda,

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan .

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Petikan dari "Minda Mufti"

Mempunyai laman web yang mempunyai Google Adsense semestinya amat menarik, lebih-lebih lagi jika laman web tersebut mempunyai pengunjung yang ramai, jumlah klik yang tinggi sudah tentunya akan menghasilkan pendapatan yang lumayan. Apa yang kita perlu ada hanyalah akaun Google Adsense yang sudah tentunya percuma (jika ada yang belum mempunyai akaun adsense lagi, bleh klik di sini) dan juga laman web atau blog yang juga adalah percuma (jika anda sendiri yang membuatnya). Semua percuma? jadi dapat duit free la? Ha..tau takpe..
Tapi jangan gembira terlalu awal, kerana mengikut kajian, hanya 2% dari mereka yang menyertai program Adsense berjaya. Kajian ini menunjukkan ia tidak sesenang yang disangka, kerana untuk berjaya, kita perlukan taktik dan strategi yang tersendiri; sama seperti kita mahu berperang, sudah tentu kita perlukan taktik dan strategi yang mantap untuk mengalahkan musuh kita.

#1 - Kepadatan keyword (keyword density)
Sebelum meletakkan code adsense di web anda, pastikan kepadatan keyword anda di tahap yang boleh dikatakan ok. Ini untuk memastikan iklan yang betul muncul di web anda, tidaklah nanti web anda tentang kasut, tapi iklan pula keluar pasal komputer. Siapa pula nak klik kan? Satu cara mudah dan percuma memastikan iklan yang betul akan keluar di web anda adalah dengan pergi ke http://www.resultsgenerator.com/adsense/.
Jika iklan yang keluar tidak sesuai dengan web anda, jangan bersedih kerana apa yang anda perlu buat hanyalah menukar keyword anda, semudah itu! Jika anda tidak pasti keyword apa yang perlu digunakan, boleh dapatkan cadangan keyword dari Overture ataupun Word Tracker.

#2 - Fokus
Iklan yang akan muncul di web anda tidak bergantung kepada keyword semata-mata, ia juga bergantung kepada isi kandungan web anda. Jadi keyword dan content anda sepatutnya berkait rapat, janganlah content tentang ubi kentang, tapi buat keyword “Cara nak cepat kaya” pula.. ;

#3 - Kerap menulis
Lebih banyak maklumat lebih baik. Mengapa? Lebih banyak maklumat di web anda, lebih banyak pelawat akan datang. Ada yang mencadangkan anda menulis satu artikel baru setiap hari memandangkan tidak ada orang mahu membaca artikel yang sama setiap kali mereka melawat web anda!

#4 - Pilih format yang betul
Adsense membenarkan kita memilih sendiri format untuk iklan mereka. Kajian menunjukkan iklan yang lebar lebih banyak diklik berbanding format iklan yang lain. Antara format yang menjadi pilihan;
336×280 large rectangle
300×250 medium rectangle
160×600 wide skyscraper
format 468×15 untuk diletakkan di bawah menu juga tidak boleh diabaikan.

#5 - Warna itu penentu!
Anda mempunyai pilihan untuk menentukan warna untuk iklan adsense anda, akan tetapi perkara yang terbaik boleh dilakukan ialah, pilih warna yang serasi dengan warna web adsense anda. Contoh yang selalu dilakukan, warna border dan background iklan sama warna dengan background web. Teknik sebegini amat popular buat masa ini.

#6 - Kedudukan juga menjadi penentu!
Sudah diketahui umum bahawa, pelawat akan menentukan laman web kita itu berbaloi untuk dilawati ataupun tidak. Jadi, susun atur laman web seharusnya menarik dan senang dibaca. Begitu juga dengan iklan adsense, kita perlu menentukan kedudukan yang paling sesuai dan senang dilihat oleh pelawat.

#7 - Maximumkan iklan anda
Adsense membenarkan anda meletakkan 6 unit iklan dalam setiap page, 2 unit search box dan juga 1 unit ad link. Dengan meletakkan semuanya di dalam satu page, anda akan memaksimakan peluang untuk iklan adsense tersebut diklik

Tanda2 Sakit

1) MATA.

Bertindak balas dengan keadaan hati.
i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2) HIDUNG.

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3) Batuk

i) Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang
berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
iii) Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin
di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang
banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4) KERONGKONG
i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak
air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5) BIBIR
Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6) MULUT DAN LIDAH
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser)
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7) TELINGA
Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8) KULIT
i) Berpeluh
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
ii) Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
iii) Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
iv) Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

9) RAMBUT

Rambut Gugur: menandakan fungsi buah pinggang yang lemah.
Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

10) SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
i). Sakit Sendi
a. Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit (gout)..
b. Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
c. Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
ii) KEBAS TANGAN
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
iii) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN.
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
iv) KEBAS KAKI.
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
v) SAKIT TAPAK KAKI.
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
vi) SAKIT TUMIT KAKI.
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
vii) RASA PANAS DI TAPAK KAKI.
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
viii) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI.
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


11) TANDA-TANDA DALAMAN
i) KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
ii) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
iii) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a. Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b. Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah
iv) SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.
v) BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
vi) RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


12) MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
i) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
ii) MUNTAH DARAH
a. Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian
kerongkong dan
b. Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
iii) LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :Tanda sakit jantung.
iv) KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

13) KENCING
i) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
ii) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
iii) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
iv) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
v) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


14) BUANG AIR BESAR
i) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
ii) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
iii) NAJIS BERDARAH
a. Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
b. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
iv) NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

15) BADAN
i) RASA SAKIT: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
a. Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
b. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
c. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
d. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
ii) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
iii) BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
iv) BADAN TERASA RINGAN: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


16) RASA TAKUT MENGEJUT:
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


17) CEPAT NAIK DARAH/MARAH:
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


18) RASA BIMBANG DAN TAKUT:
Sistem paru-paru yang lemah.


19) RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.


20) SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL:
Sistem penghadaman yang lemah.

Pada 29 April yang lepas, jam 9.30 pm, saya dan 2 anak bujang (Ikmal, Azrin) plus kawan anak namanya Frank Syazwan nak buat satu 'test-to-confirm' kat satu 'restoran mamak' - kami pilih Restoran Azhaar Maju di Taman Seremban Jaya, Senawang .Budak Frank ni jenis daring, joker, dare to prove something. Dia kata pada saya, "Kalau Uncle nak tahu, jom kita singgah satu kedai mamak and see what I'll ask". All right, pendekkan cerita, this was what transpired:-Frank : "Ini kedai halal ka?"Restaurant Attendant : Ya la, Itu awak tengok sana, itu Koran (tunjuk tulisan Qur'an, Allah, Muhammad di dinding restoran)F : "Awak muslim ke?"R.A : "Ya!" (dengan gaya confidence - 101%)F : "Mengucap tengok!"R.A : "Ahh?"F : "Mengucap la, aii takkan tak tau!"R.A : "Apa itu?"F : " Dua kalimah syahadah, itu syahadah awak cakap saya mau dengar!"R.A : (Start panicking... )F : "Ei, awak kata Islam, takkan sebut syahadah pun awak tak tau!"R.A : (truly panic, looked scared also)F : "Oh, awak tipu sama saya, aah"R.A : (Dia pegang bawah lengan Frank dan berkata) "Jangan buat ini macam laa...."Pendekkan insiden perbualan sampai sini...Yang obvious dia tanya order makan apa minum apa sampai 3 -4 kali, yes, 3 - 4 kali sebab dia lupa kerana dia resah, gementar dan gelabah. Padahal kita orang order milo ais, teh o ais (2) dan ais kosong saja. Kita org tak order makan pun (langsung jadi tak lalu nak makan dah), dia ulang-ulang tanya sebab memang betol dia gabrah...Menurut kata anak bujang ni (Frank), 90 % 'restoran mamak' di Sekitar Seremban-Senawang yang dia dah test / checked satu persatu dgn method tu, Hindu belaka pekerjanya! Macam2 style depa pusing2 cakap, panggil member lain lah, buat2 tak paham cakap lah, tapi dek kerana kepandaian si budak ni, semua kantol belaka simple test yang dilakukan. Kalau yang ade Muslim dikalangan pekerjanya, pun terlalu sedikit nisbahnya - sorang dua sahaja, yang didapor memasak tentu jadi tanda soal.Dia bercerita in fact pernah sengaja masuk ke dapor dan jengok/perhati, dan ada restoran mamak dia nampak sendiri ada patong Hindu yang disembah dibilik belakang! (Kat luar sana ayat Qur'an digantong!).So macamana ni? Boleh ke? Pada pandangan individu saya, kalau yang serve / masak makanan yang you makan tu bukan orang Islam, hakikat sebenarnya ape peduli dia barang yang you makan tu, halal ke, tak berapa halal ke, haram ke.Soal bersih kotor penyediaan makanan itu saya tak nak komen, bukan point perbincangannya disini. Kalau bukan isu halal haram pun lah, ada satu perkara lagi yang perlu kita ambil peduli iaitu mengenai hal air tangan spt di artikel yang saya pernah forward to some of you earlier.Bayangkan, berapa ramai orang kita makan di kedai, dan 'restoran mamak' memang popular! Kira satu Malaysia tengok, berapa ratus (maybe ribu?) restoran ada, berapa juta orang Melayu ada, berapa banyak tahun dah berlalu.Saya sendiri dah bertahun-tahun balun roti canai dan toseh di restoran-restoran sedemikian..Lepas insiden tu, saya akan lebih memilih dan berhati2 tempat mana nak makan. Saya bukan anti 'restoran mamak' atau nak tiup sentimen (perkauman), tapi kita mesti ambil berat bukan setakat apa yang kita makan tetapi siapa yang menyediakan makanan kita.Sdra / Sdri pulak try kali ni, esok masuk 'restoran mamak' jgn lupa test pelayan tu suroh dia mengucap tengok!

mungkin dah pernah baca, baca lagi untuk tajamkan akal kita. Assalamu'alaikum, Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari? Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.Setelah membaca Basmalah dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t.. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).(Al-Isra': 12). Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu..Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18). Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98) Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."(Al-Anbiya':69). Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul ahfi (penghuni gua). Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28). Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.Mereka menjawab, Kami akan jamin keselamatan anda.Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa >>Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah." Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.* * Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan (pent..) ** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet, www.gesah.net >> >> >> NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang >> cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir bukan senang nak senang bukan susah nak susah

Sekadar renungan untuk dikongsi bersama....Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-Pertama :Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan makanan dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua-dua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam?Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.Kedua :Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.Ketiga :Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.Cara Rasulullah minum.Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebatm 100 kali.Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapatmelawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja,jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah :Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube).Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran

;;