Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Petikan dari "Minda Mufti"

Mempunyai laman web yang mempunyai Google Adsense semestinya amat menarik, lebih-lebih lagi jika laman web tersebut mempunyai pengunjung yang ramai, jumlah klik yang tinggi sudah tentunya akan menghasilkan pendapatan yang lumayan. Apa yang kita perlu ada hanyalah akaun Google Adsense yang sudah tentunya percuma (jika ada yang belum mempunyai akaun adsense lagi, bleh klik di sini) dan juga laman web atau blog yang juga adalah percuma (jika anda sendiri yang membuatnya). Semua percuma? jadi dapat duit free la? Ha..tau takpe..
Tapi jangan gembira terlalu awal, kerana mengikut kajian, hanya 2% dari mereka yang menyertai program Adsense berjaya. Kajian ini menunjukkan ia tidak sesenang yang disangka, kerana untuk berjaya, kita perlukan taktik dan strategi yang tersendiri; sama seperti kita mahu berperang, sudah tentu kita perlukan taktik dan strategi yang mantap untuk mengalahkan musuh kita.

#1 - Kepadatan keyword (keyword density)
Sebelum meletakkan code adsense di web anda, pastikan kepadatan keyword anda di tahap yang boleh dikatakan ok. Ini untuk memastikan iklan yang betul muncul di web anda, tidaklah nanti web anda tentang kasut, tapi iklan pula keluar pasal komputer. Siapa pula nak klik kan? Satu cara mudah dan percuma memastikan iklan yang betul akan keluar di web anda adalah dengan pergi ke http://www.resultsgenerator.com/adsense/.
Jika iklan yang keluar tidak sesuai dengan web anda, jangan bersedih kerana apa yang anda perlu buat hanyalah menukar keyword anda, semudah itu! Jika anda tidak pasti keyword apa yang perlu digunakan, boleh dapatkan cadangan keyword dari Overture ataupun Word Tracker.

#2 - Fokus
Iklan yang akan muncul di web anda tidak bergantung kepada keyword semata-mata, ia juga bergantung kepada isi kandungan web anda. Jadi keyword dan content anda sepatutnya berkait rapat, janganlah content tentang ubi kentang, tapi buat keyword “Cara nak cepat kaya” pula.. ;

#3 - Kerap menulis
Lebih banyak maklumat lebih baik. Mengapa? Lebih banyak maklumat di web anda, lebih banyak pelawat akan datang. Ada yang mencadangkan anda menulis satu artikel baru setiap hari memandangkan tidak ada orang mahu membaca artikel yang sama setiap kali mereka melawat web anda!

#4 - Pilih format yang betul
Adsense membenarkan kita memilih sendiri format untuk iklan mereka. Kajian menunjukkan iklan yang lebar lebih banyak diklik berbanding format iklan yang lain. Antara format yang menjadi pilihan;
336×280 large rectangle
300×250 medium rectangle
160×600 wide skyscraper
format 468×15 untuk diletakkan di bawah menu juga tidak boleh diabaikan.

#5 - Warna itu penentu!
Anda mempunyai pilihan untuk menentukan warna untuk iklan adsense anda, akan tetapi perkara yang terbaik boleh dilakukan ialah, pilih warna yang serasi dengan warna web adsense anda. Contoh yang selalu dilakukan, warna border dan background iklan sama warna dengan background web. Teknik sebegini amat popular buat masa ini.

#6 - Kedudukan juga menjadi penentu!
Sudah diketahui umum bahawa, pelawat akan menentukan laman web kita itu berbaloi untuk dilawati ataupun tidak. Jadi, susun atur laman web seharusnya menarik dan senang dibaca. Begitu juga dengan iklan adsense, kita perlu menentukan kedudukan yang paling sesuai dan senang dilihat oleh pelawat.

#7 - Maximumkan iklan anda
Adsense membenarkan anda meletakkan 6 unit iklan dalam setiap page, 2 unit search box dan juga 1 unit ad link. Dengan meletakkan semuanya di dalam satu page, anda akan memaksimakan peluang untuk iklan adsense tersebut diklik

;;